Monday, September 24, 2007

Irfan with new game - from papa


Irfan masa berumur 8 bulan.. patutnya pandai merangkak, tapi anak mama sorang ni dok mara jer.. then duduk.. paling suka berdiri dgn berpaut kt badan kiter. Game tu lak, baru2 tak reti main, bila dah pandai duduk baru la dia dok main stereng and gear..
sekarang ni kalau naik kereta tak nak duduk kt child seat tu tp nak jd driver pegang stereng... wuih pening2 mama dia nak bawa kereta..
(p/s: ada papa irfan pengsan tido lps main ngn anak dia..hehe sbb mama kena masak utk buka posa nanti)

Thursday, September 6, 2007

Auntie Nana's Wedding - 1st September 2007






Congratulation to Nana & Husband, Semoga Dirahmati Allah ke akhir hayat...

Mama's New Workplace


Kerja jadi operator telefon ni best gak, sebab tak perlu tengok muka customer, so kalau kena marah pun relex jer.. boring2 leh search kt internet biler takde call.. then kalau haus ker, g jer pilih air kt Pantry tu, milo, coffee, semua ada... free cuma kena buat sendiri.. hehe...kalau tak reti takpe..leh tanya agent2 lain...they all sure tolong la kalau takde call.. ok tu jer pasal kerja baru... hope boleh kekal lamer.. tp bad news, takde Public Holidays ker Company Holidays ker... kalau nak cuti kena minta awal2...tu je...

Wednesday, September 5, 2007

URUTAN BAYI - TIPS

URUTAN BAYI
(http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/20070114121220)

Urutan boleh mengurangkan paras hormon kortisol (hormon tekanan), membuatkan kanak-kanak tidur lebih nyenyak. Malah, kajian Institut Sentuhan Miami, Florida mendapati bayi yang diurut menunjukkan peningkatan sel darah putih yang bertanggungjawab mampu membunuh banyak sel tumor. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.Lebih penting, urutan banyak manfaatnya kepada bayi pra matang.

Kajian mendapati urutan mampu meningkatkan kemahiran motor dan merangsang perkembangan mental bayi.Kajian Odense Hospital, Denmark mendapati bayi yang diurut menunjukkan banyak perubahan positif, terutama pada pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan paras oksigen dalam darah.Jika anda ada anak yang memerlukan perhatian istimewa, ini masanya untuk belajar teknik urutan untuk bayi. Kaedah di bawah boleh dijadikan panduan.

Mulakan urutan dengan:

1. Kaki — Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut — Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan — Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada — Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka — Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan — Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.ManfaatUrutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:
> Memperbaiki perjalanan darah.
> Merangsang deria.
> Mengurangkan tekanan.
> Memperbaiki sistem penghadaman.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
> Membantu memudahkan bayi tidur.
> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
> Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
> Membantu perkembangan fungsi otot.
> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
> Merangsang penghasilan hormon.